17 February 2009

Dakwah kerja part time?

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Penganjuran semula Bulan Dakwah dengan format baru selepas 30 tahun tidak disambut, mampu membentuk kefahaman mengenai agama Islam dalam kalangan masyarakat negara ini. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, penekanan terhadap aspek kefahaman sangat penting demi mengekalkan keharmonian antara kaum seterusnya membentuk pemikiran umat yang progresif. ''Malah, dakwah tidak memerlukan tindakan yang ekstrem, cuma amalan biasa yang dilakukan seperti bersedekah dan bantu-membantu yang jelas memberikan mesej bahawa Islam itu indah," jelas beliau.

Sekali baca, mungkin ramai yang tidak tahu di mana silapnya kenyataan di atas. Juga, mungkin ramai yang akan memuji langkah yang disarankan, yakni menghidupkan semula “Bulan Dakwah"

Bagi pembaca yang prihatin, mereka akan terfikir apakah amalan dakwah ini hanya perlu dilakukan di dalam bulan-bulan tertentu sahaja, sepertimana amalan puasa di bulan Ramadhan? Juga, apakah dakwah ini hanya perlu dijalankan di dalam bentuk seperti kempen sehingga perlu dianjurkan “Bulan Dakwah”? Apakah cukup hanya dengan menganjurkan bulan dakwah, maka kewajipan seseorang di dalam berdakwah sudah dikira terlaksana?

Sesungguhnya dakwah adalah suatu kewajipan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT tanpa masa-masa atau minggu-minggu atau bulan-bulan tertentu. Dakwah wajib dilakukan sepanjang masa tanpa henti. Dakwah merupakan ‘sebahagian dari kehidupan’ kaum Muslimin. Ia tidak boleh berhenti atau hanya di amalkan di dalam bulan-bulan tertentu sahaja. Menghentikan dakwah bererti telah menghentikan satu kewajipan di dalam agama dan hal ini adalah haram. Dakwah bermaksud menyeru kepada kebaikan, menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan ia sesungguhnya meliputi setiap perkara. Firman Allah,

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang mungkar (buruk dan keji). Dan mereka inilah orang-orang yang beruntuang.” [TMQ Ali Imran (3):104]

Firman Allah lagi,

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." [TMQ Al-‘Imran (3):110]

Dengan begitu banyak ayat yang mana Allah menyeru agar kita berdakwah secara menyeluruh dan tanpa masa-masa tertentu, apakah logik untuk kita melakukan dakwah hanya di dalam bulan-bulan tertentu sahaja, bahkan Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita bahawa baginda berdakwah siang dan malam tanpa henti dan tanpa cuti. Begitu jugalah yang telah ditunjukkan oleh para sahabat di mana mereka berdakwah sehingga nyawa mereka menjadi taruhan. Dan berapa ramaikah di kalangan sahabat yang telah berdakwah di jalan Allah sehingga mereka syahid, hanya semata-mata kerana berdakwah menyampaikan Islam.

Apakah orang yang bergelar ulama masih buta dengan semua ini dan hanya mahu berdakwah dengan bersedekah dan bantu-membantu sahaja? Sungguh jauh mereka dari dakwah Rasulullah dan para sahabat!!! Rasulullah SAW dan para sahabat menggadaikan harta dan nyawa kerana berdakwah di jalan Allah, manakala orang yang bergelar ulama pada hari ini hanya berdakwah kerana inginkan harta dan kehidupan yang mewah.

Sesungguhnya dakwah Islam wajib bersifat menyeluruh, yakni menyentuh seluruh aspek kehidupan, ibadah mahupun politik. Bagi mereka yang mementingkan pangkat, kedudukan, harta dan nyawa, maka mereka hanya menyeru berdakwah di bidang ibadat semata-mata, itu pun di dalam ruang lingkup yang sangat terbatas. Bidang politik langsung mereka tinggalkan, malah mereka memisahkannya dari kehidupan sesuai dengan ajaran sekular dan sesuai dengan kehendak pemerintah yang membayar mereka sedikit gaji dan memberikan mereka sedikit pangkat.

Dakwah Islam sesungguhnya perlu ditampilkan dalam pemikiran yang menyeluruh sebagai muajalah li masyakil insan (penyelesaian kepada segala masalah manusia) kerana itulah hakikatnya. Islam adalah agama yang sempurna, dan kesempurnaan Islam itu mencakup aspek spiritual dan juga politik.

Namun oleh kerana terlalu lama dibendung sekularisme, maka Islam dan dakwah tidak lagi ditonjolkan dalam wajah dan sifat sebenar. Apatah lagi dengan adanya ulama upahan murahan yang hanya membawa dakwah sekadar apa yang diinginkan oleh Barat dan sekadar memenuhi kehendak pemerintah mereka yang sekular.

Bagi pemerhati yang cermat, mereka pasti bersetuju bahawa masalah umat Islam hari ini adalah kerana tidak diterapkan syariah dalam kehidupan mereka. Syariah merupakan satu-satunya cara hidup yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada umat Islam. Kehidupan syariah merangkumi semua aspek kehidupan yang menepati fitrah manusia. Namun, sayangnya institusi pemelihara syariah, Daulah Khilafah telah diruntuhkan oleh Mustafa Kamal Attartuk laknatullahi pada 3 Mac 1924. Kini, yang tinggal hanyalah institusi ‘Daulah Demokrasi’ yang memerintah dengan undang-undang yang mereka buat berdasarkan hawa nafsu mereka sendiri.

Sejak dari itu, umat Islam hidup dalam perpecahan, tertindas, terasing dari persatuan dan kesatuan dan terperosok jauh ke lembah kehinaan. Sejak dari itu juga, muncullah ulama-ulama yang hanya tahu menjaga kepentingan pemerintah, dan bukannya menjaga kepentingan Islam. Muncul banyak kerajaan yang zalim yang mengatasnamakan demokrasi, dan mereka ini hanya menjaga kepentingan Barat dan kepentingan perut masing-masing.

Apabila muncul gerakan-gerakan Islam yang berusaha berdakwah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dan menegakkan semula Daulah Khilafah, maka gerakan ini akan dicop sebagai ekstrem dan berbahaya. Dan gerakan ini akan diperangi oleh pemerintah dan mereka cuba menghindarkan masyarakat dari menyertai gerakan seumpama ini.

Jika ada gerakan yang hanya bergerak di bidang ibadah seperti menyeru kepada solat, sedekah dan amalan-amalan sunat yang lainnya, maka gerakan ini dibolehkan.

Apabila muncul gerakan Islam yang moderate dan liberal, maka gerakan-gerakan ini disokong dan dibantu.

Inilah kedudukan pemerintah sekarang, dan bertambah malang bagi umat Islam, pemerintah ini di topang oleh golongan-golongan yang bergelar ulama, yang diberi sedikit habuan dunia kepada mereka agar sentiasa berperilaku menyokong pemerintah yang zalim ini. Dan mereka ini menyeru agar kita berdakwah di dalam ruang lingkup yang amat sempit dan hanya perlu dilakukan secara part time sahaja!!!

03 February 2009

Sifat dan Tabiat Yahudi dalam al-Quran




Di dalam kita memperkatakan tentang kekejaman dan kejahatan Yahudi saat ini yang masih berterusan di Gaza, ada baiknya kita mendalami apakah peringatan dari Allah kepada kita semua berkenaan kaum terkutuk ini di dalam Al-Quran. Sesungguhnya di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menjelaskan dan memberitakan tentang kaum Yahudi ini agar kita mengambil peringatan darinya.Beberapa karakter buruk mereka adalah:(1) Durhaka dan melampaui batas, serta membiarkan kemungkaran yang terjadi di antara mereka.
Allah SWT berfirman:لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُو(78)
(كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ (79)“
Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.” [TMQ al-Maidah (5):78-79].Dan mereka semakin durhaka sesudah al-Quran diturunkan.
Allah SWT berfirman:
وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا
“Dan Al-Qur’an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka” [TMQ al-Maidah (5):64].(2) Menjadikan kaum kafir lain sebagai pelindung dan penolong mereka.
تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ (80)وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالنَّبِيِّ
وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَا اتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَاءَ وَلَكِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ فَاسِقُونَ (81“
Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam seksaan. Sekiranya mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi (Musa) dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (Nabi), nescaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin itu menjadi penolong-penolong, tapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Maidah (5):80-81].(3) Permusuhan mereka yang amat besar terhadap Islam dan umatnya.
Allah SWT berfirman:
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [TMQ al-Maidah (5):82].(4) Hati mereka keras laksana batu, bahkan lebih keras lagi. Di antara penyebabnya adalah karena mereka melanggar perjanjian dengan Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً“
(Tetapi) karena mereka melanggar janjinya, Kami laknat mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu” [TMQ al-Maidah (5):13].
ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ“
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan". [TMQ al-Baqarah (2):74].(5) Suka melanggar perjanjian yang mereka buat sendiri, termasuk perjanjian dengan Allah SWT dan rasul-rasul-Nya. Dan oleh karena itu mereka mendapat murka Allah dan berbagai hukumanNya.
Allah SWT berfirman:
فَرَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفًا قَالَ يَا قَوْمِ أَلَمْ يَعِدْكُمْ رَبُّكُمْ وَعْدًا حَسَنًا أَفَطَالَ عَلَيْكُمُ الْعَهْدُ أَمْ أَرَدْتُمْ أَنْ
يَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبٌ مِنْ رَبِّكُمْ فَأَخْلَفْتُمْ مَوْعِدِي“
Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati. Berkata Musa: “Wahai kaumku, bukankah Tuhanmu telah menjanjikan kepadamu suatu janji yang baik? Maka apakah terasa lama masa yang berlalu itu bagimu atau kamu menghendaki agar kemurkaan dari Tuhanmu menimpamu, lalu kamu melanggar perjanjianmu denganku?” [TMQ Thaha (20):86].
Allah Swt berfirman:
فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ وَكُفْرِهِمْ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَقَتْلِهِمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ بَلْ طَبَعَ اللَّهُ عَلَيْهَا بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا“
Maka (Kami lakukan terhadap mereka beberapa tindakan), disebabkan mereka melanggar perjanjian itu, dan karena kekafiran mereka terhadap keterangan-keterangan Allah dan mereka membunuh nabi-nabi tanpa (alasan) yang benar dan mengatakan: “Hati kami tertutup.” Bahkan, sebenarnya Allah telah mengunci mati hati mereka karena kekafirannya, karena itu mereka tidak beriman kecuali sebahagian kecil dari mereka” [TMQ al-Nisa’ (4):155].(6) Mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh ramai nabi. Dan itu menyebabkan mereka senantiasa diliputi dengan kehinaan dan kerendahan di mana pun mereka berada.
Allah SWT berfirman:
ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ“
Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas” [TMQ Ali Imran (3):112].
فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ وَكُفْرِهِمْ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَقَتْلِهِمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ بَلْ طَبَعَ اللَّهُ عَلَيْهَا بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا“
Maka (Kami lakukan terhadap mereka beberapa tindakan), disebabkan mereka melanggar perjanjian itu dan karena kekafiran mereka terhadap keterangan-keterangan Allah dan mereka membunuh nabi-nabi tanpa (alasan) yang benar dan mengatakan: “Hati kami tertutup.” Bahkan, sebenarnya Allah telah mengunci mati hati mereka karena kekafirannya, karena itu mereka tidak beriman kecuali sebahagian kecil dari mereka”
[TMQ al-Nisa’ (4):155].
وَقَتْلَهُمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ“
Dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka): “Rasakanlah olehmu adzab yang membakar.” [TMQ Ali Imran (3):181].(7) Banyak berbuat lancang terhadap Allah SWT, seperti menuduh Allah SWT miskin dan tangan Allah terbelenggu.
Allah SWT berfirman:
لَقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا“
Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: ‘Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya’, Kami akan mencatat perkataan mereka itu" [TMQ Ali Imran (3):181].
Allah SWT berfirman:
وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ“
Orang-orang Yahudi berkata: ‘Tangan Allah terbelenggu’, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki” [QS al-Maidah (5):64].(8) Memalsukan kitab dengan tangan mereka, memalingkan dari maksud sebenarnya, dan menghilangkan sebahagiannya.
Allah SWT berfirman:
فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ“
Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: ‘Ini dari Allah’, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan”
[TMQ al-Baqarah (2):79].
مِنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ“
Yaitu orang-orang Yahudi, mereka merubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata: ‘Kami mendengar’, tetapi kami tidak mahu menurutinya. Dan (mereka mengatakan pula): ‘Dengarlah’ sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa"
[TMQ al-Nisa’ (4):46].يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ“
Mereka suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya"
[TMQ al-Maidah (5):13].
أَفَتَطْمَعُونَ أَنْ يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ“
Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui?” [TMQ al-Baqarah (2):75].(9) Amat tamak terhadap dunia, bahkan melebihi orang Musyrik. Menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian.
Allah SWT berfirman:
وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَى حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَنْ يُعَمَّرَ“
Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling tamak kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih tamak lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya dari seksa” [TMQ al-Baqarah (2):96].(10) Mengenal benar siapa Rasulullah SAW, namun mereka menyembunyikan kebenaran.
Allah SWT berfirman:
الَّذِينَ آَتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ“
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui” [TMQ al-Baqarah (2):146].(11) Mengikuti hawa nafsunya, hingga risalah yang dibawa Rasul pun harus sejalan dengan hawa nafsu mereka. Jika tidak sesuai dengan hawa nafsu mereka, mereka akan menolak dan mendustakannya.
Allah SWT berfirman:
أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَى أَنْفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ
“Apakah setiap kali datang kepadamu seorang Rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu angkuh; maka beberapa orang (di antara Rasul) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” [TMQ al-Baqarah (2):87].(12) Tidak senang terhadap kaum Muslimin selama tidak mengikuti milah mereka.
Allah SWT berfirman:
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” [TMQ al-Baqarah (2):120].(13) Berdusta atas nama Allah SWT dengan mengatakan bahawa mereka adalah anak-anak Allah dan kekasihNya.
Allah SWT berfirman:
وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُمْ بِذُنُوبِكُمْ بَلْ أَنْتُمْ بَشَرٌ مِمَّنْ خَلَقَ
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: ‘Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasihNya’. Katakanlah: ‘Maka mengapa Allah menyeksa kamu karena dosa-dosamu?’ (Kamu bukanlah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya), tetapi kamu adalah manusia (biasa) di antara orang-orang yang diciptakan-Nya” [TMQ al-Maidah (5):18].(14) Sombong dan takabbur, hingga mereka pernah diubah wujudnya menjadi kera yang hina.
Allah SWT berfirman
فَلَمَّا عَتَوْا عَنْ مَا نُهُوا عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ
“Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: “Jadilah kamu kera yang hina” [TMQ al-A’raf (7):166](15) Di antara mereka terdapat permusuhan dan kebencian hingga hari kiamat.
Allah SWT berfirman:
وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ“
Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat” [TMQ al-Maidah (5):64].(16) Suka berbuat kerosakan di muka bumi.
Allah SWT berfirman:
وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ“
Dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan” [TMQ al-Maidah (5):64].(17) Berbuat zalim dan menghalangi manusia dari jalan Allah.
Allah SWT berfirman:
فَبِظُلْمٍ مِنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيرًا“
Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah" [TMQ al-Nisa (4):160].(18) Suka memakan harta haram, seperti rasuah dan riba, padahal telah diharamkan kepada mereka.
Allah SWT berfirman
:وَتَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يُسَارِعُونَ فِي الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ
“Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram
[TMQ al-Maidah (5):62].وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ“
Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang batil”
[TMQ al-Nisa (4):161].(19) Suka mendengarkan berita bohong.
Allah Swt berfirman
:يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لَا يَحْزُنْكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُوا آَمَنَّا بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِنْ قُلُوبُهُمْ وَمِنَ الَّذِينَ هَادُوا سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آَخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِنْ بَعْدِ مَوَاضِعِهِ يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَذَا فَخُذُوهُ وَإِنْ لَمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُوا“
Wahai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, iaitu dari kalangan orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: ‘Kami telah beriman’, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) dari kalangan orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merubah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: ‘Jika diberikan ini (yang sudah dirubah-rubah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah”
[TMQ al-Maidah (5):42].Inilah sebahagian dari sifat dan sikap Yahudi yang terdapat di dalam al-Quran. Selain sifat dan sikap yang telah dipaparkan di atas, masih banyak lagi perkara buruk lainnya tentang Yahudi ini yang disebutkan dalam Al-Quran. Berpandukan ayat-ayat Allah ini, akan memudahkan kita dalam mengambil sikap dan pendirian di dalam menghadapi kaum terkutuk ini. Terhadap kaum yang terkumpul pelbagai sifat dan sikap buruk yang dijelaskan oleh Allah SWT sendiri, malangnya masih ada pemimpin kaum Muslimin yang membuat perjanjian dan mengambil mereka sebagai wali (pemimpin, pelindung, penolong, pembantu dll) dan bithanah (orang kepercayaan). Masih ada pemimpin yang berbaik dan berjabat tangan dengan golongan terlaknat ini dan “menolong” mereka membunuh saudara-saudara seIslam kita di Palestin.
Sesungguhnya Allah SWT mengingatkan kita juga bahawa,“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi wali(mu); sebahagian mereka adalah wali bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [TMQ al-Ma’idah (5):51] Wallahu’alam.

29 January 2009

Peta Tanah Milik Kaum Muslimin, Palestin Dirampas Israel


Palestin merupakan tanah milik kaum Muslimin yang telah dibebaskan sejak dahulu oleh Umar al-Faruq. Setelah Barat sekian lamanya menyerang Khilafah hingga akhirnya runtuh, pihak penjajah menjanjikan tanah bagi Israel. Pada tahun 1947, melalui bantuan PBB tanah Palestin dirampas Israel. Perampasan itu terus dilakukan hingga ke hari ini. Pengusiran, perampasan tanah, hingga pembunuhan dilakukan oleh penjajah Israel itu. Berikut gambaran peta wilayah negeri Islam Palestin, tanah milik kaum Muslimin yang diberkati itu terus dirampas penjajah Israel. Di manakah para pembebas Al-Faruq itu kini?